Penawar Kencing Manis Tradisional

Statistik penyakit kencing manis kat Malaysia ni sangat ngeri.

Sila tengok gambar di bawah:

___4733576_orig

Sehingga kini, doktor selalunya akan memberi ubat-ubat berikut sebagai preskripsi untuk merawat kencing manis jenis 2:

Metformin – Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah masalah cirit birit.

Sulfonilurea – Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.

Thiazolidinedion – Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.

Alfa-glukosaidase – Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.

Suntikan Insulin – Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Ubat-ubat yang diberikan oleh doktor agak berkesan cuma.. ianya bukan dari sumber semulajadi dan agak MAHAL.

Dan ubat-ubat ni tak membebaskan anda dari kencing manis. Ianya sekadar mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Rawatan Kencing Manis Type 2 Altenatif?

Di samping ubat-ubatan yang diberikan doktor, ada tak cara lain untuk merawat kencing manis jenis 2?

Saya bukan doktor.

Tetapi saya ingin membantu.

Jika ada altenatif lain untuk merawat kencing manis selain insulin, adakah anda mungkin berminat nak tahu lanjut?

Ok, jika anda berminat, sebenarnya, penyakit kencing manis type 2 boleh dikawal dan dirawat dengan kaedah semulajadi. Biasanya dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat.

Selain itu, suplemen juga SANGAT membantu. Klik di sini untuk info tentang buah semulajadi yang boleh merawat dan menyembuhkan anda dari penyakit kencing manis. 

Selain itu, jika anda berminat, anda boleh rujuk sumber-sumber rasmi tentang kencing manis di Malaysia di Diabetes Malaysia dan juga PDF tentang Diabetes Management di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kaedah Mudah Untuk Cegah Dari Penyakit Diabetes

Info ni saya dapat dari University of Harvard. Artikel asal lebih tertuju kepada pembaca dari Amerika Syarikat tetapi ianya juga releven untuk kita, warga Malaysia kerana semakin ramai orang menghidap Diabetes atau Kencing Manis berbanding masa-masa lalu dan tentu ada sebab kenapa hal ini berlaku.

Jom kita kupas serba-sedikit cara untuk mencegah dari penyakit kencing manis.

Diabetes type 2 sebenarnya boleh dicegah. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kewujudan diabetes atau kencing manis dalam badan kita:

  1. Berat badan yang berlebihan.
  2. Kurang senaman
  3. Pemakanan yang kurang sihat.
  4. Merokok.

Kaedah Pencegahan Kencing Manis

#1. Jaga berat badan.

Ini adalah punca UTAMA berlakunya penyakit kencing manis jenis 2. Jika anda gemuk, anda sangat cenderung untuk mendapat kencing manis.

#2. Bergerak – Tutup TV

Anda harus banyak bergerak untuk elak dari kencing manis. Badan anda akan jadi lebih kuat dan mampu untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa.

Anda tak perlu buat senaman intensif. Setakat berjalan kaki laju selama 30 minit dah cukup untuk kurangkan risiko anda menghadapi kencing manis sebanyak 30%.

Aktiviti tengok TV ni agak membahayakan. Anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan serangan jantung jika sentiasa duduk depan TV tanpa ada apa-apa senaman.

#3. Amalkan pemakanan yang sihat.

Whole grain (gandum) boleh melindungi badan anda dari kencing manis tingkatkan kesihatan.

Jika anda amalkan untuk makan whole grain sebanyak dua kali sehari, risiko untuk mendapat kencing manis jenis 2 dikurangkan sebanyak 21%!

Sebaliknya, makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti bread putih, nasi putih, kentang dan donut mempunyai indeks glycemic yang tinggi. Ini bermaksud, peningkatan mendadak gula dalam darah dan tahap insulin, seterusnya meningkatkan risiko untuk mendapat kencing manis.

Masalah Yang Mungkin Timbul Jika Anda Menghadapi Kencing Manis?

Ada banyak masalah yang akan timbul jika anda menghadapi kencing manis. Salah satu masalah adalah mati pucuk. Jika anda tak nak amalkan mengambil sebarang ubat tahan lama, anda harus amalkan kehidupan sihat dari sekarang.